Search This Blog

My Time

Sunday, November 8, 2009

"Yahoo Messenger" Berwajah Baru

Dapatkan versi baru untuk Yahoo Messenger anda...

Lebih mesra pengguna dan kelihatan lebih menarik berbanding yang sebelumnya. Usah menjadi orang terakhir mendapatkannya. Klik di sini untuk memuat turun perisian tersebut sekarang. Cepat..cepat...

Friday, October 30, 2009

SPB Berwajah Baru


SPB berwajah baru...

Tujuan diwujudkan logo ini adalah untuk memberi imej yang sahih tentang kewujudan Skim Pelajar Bekerja (SPB) di kolej kediaman, terutamanya di Kolej Aminuddin Baki (KAB) sendiri. Hal ini demikian kerana, terdapat sesetengah mahasiswa/i yang menginap di kolej kediaman menganggap pelaja-pelajar yang bertindak sebagai SPB ini adalah sebagai warga ataupun orang asing. Sedangkan, kami juga merupakan pelajar yang menginap di kolej kediaman juga. Sebagai contohnya, kami pernah ditegur sebagai mamat indonesia apabila melakukan kerja-kerja pertukangan di blok-blok kolej kediaman. Hal ini menyebabkan sesetengah penghuni menjadi takut dengan kehadiran kami ke blok-blok.

Oleh yang demikian, untuk mengelakkan hal ini terus berlanjutan, kami selaku SPB ambilan baru ini akan cuba mewujudkan suatu imej yang sahih tentang SPB dengan mengadakan logo SPB. Sesungguhnya, logo ini belum digunapakai secara rasmi lagi tetapi ianya akan menjadi suatu lambang kemegahan SPB sendiri untuk melakukan kerja-kerja baik pulih di kolej-kolej kediaman. Sebarang cadangan atau pandangan tentang logo ini, anda dialu-alukan untuk menyertakannya email dan YM kepada atiqi_razman@yahoo.com atau mesej ke 0194604232.

Tuesday, September 29, 2009

Peluang Menarik Untuk Jana Duit!!!

Assalamualaikum,

Agak lama saya menyepi, suasana Aidilfitri masih lagi segar dalam sanubari. Bersempena ini, saya ingin mengajak para pengunjung untuk menyertai sebuah program yang akan dapat menambah pendapatan anda. Ianya senang untuk dilaksanakan, tidak perlu mengerah banyak kudrat dan hanya perlukan kepakaran anda dalam menyakinkan orang lain. Anda boleh melihat butiran lanjut tentang program ini dengan klik banner di bawah,



Seandainya anda berminat, daftarlah segera dengan menekan link ini www.myspacetunai.com dan klik pada ruangan daftar setelah anda ke laman tersebut. Saya ingin memberi anda suatu peluang yang cukup menarik, sambil anda melakukan sesuatu kerja lain, anda dapat menjana pendapatan sampingan. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Cepat!!! Cepat!!! Sebelum anda terlambat.

Wednesday, September 16, 2009

NOKIA Penghubung Saya

Nokia merupakan satu syarikat yang tidak asing lagi bagi penggemar aksesori-aksesori seumpama telefon bimbit dan juga lain-lain. Ianya juga merupakan salah satu syarikat terbesar yang telah memberi pengaruh dan impak yang besar kepada seluruh rakyat di Malaysia secara khususnya dan juga kepada seluruh rakyat di dunia secara amnya. Kebanyakan daripada kita menggunakan telefon bimbit berjenama Nokia kerana berpendapat jenama ini adalah lebih baik daripada jenama-jenama lain yang terdapat dipasaran. Nokia juga tidak putus-putus idea dalam usaha penghasilan gadget dan juga alatan telekomunikasi selaras dan sehaluan dengan arus perkembangan teknologi sekarang. Model terbaru Nokia adalah Nokia N-Series97 yang baru sahaja dipasarkan dalam bulan September 2009 ini. Jangan disalah tafsirkan perkataan telefon kerana, bagi produk keluaran Nokia ini kemudahan seperti internet, GPS, dan macam-macam lagi boleh turut diperoleh. Untuk melihat secara lebih terperinci tentang N-Series97 klik [di sini].

Ini sahaja untuk perbualan kali ini, saya akan cuba mendedahkan sedikit sebanyak lagi tentang perkembangan dunia teknologi sekarang dan berkongsi bersama anda. Salam sejahtera, dan selamat tinggal.

Sunday, September 6, 2009

Keluhan Warga Malaysia Prihatin

Assalamualaikum,

Di sini saya selaku warga Malaysia yang agak prihatin ingin menyuarakan ketidak puasan hati dari pelbagai pihak berkenaan perkhidmatan Komuter yang dikendalikan oleh Syarikat Keretapi Tanah Melayu. Baru-baru ini, saya telah menaiki komuter untuk menjelajahi hutan batu Kuala Lumpur. Namun demikian, keseronokan dan kemudahan yang saya harapkan bertukar menjadi keperitan dan kesusahan akibat daripada perkhidmatan yang disediakan tidak cekap dan tidak berkualiti. Saya terpaksa menunggu selama hampir dua jam sebelum dapat menaiki komuter yang dijanjikan. Ini telah menyebabkan semua perasaan gembira hilang dibawa masa.
Saya hampa, kerana apa yang diharapkan tidak seperti yang saya perolehi. Hal ini bukan sahaja telah menyusahkan saya selaku warga Malaysia, namun ianya juga menyebabkan warga asing menjadi marah kerana mereka telah tertipu dengan gambaran yang diberikan tentang perkhidmatan komuter tersebut. Hal yang demikian boleh menyebabkan nama Malaysia terjejas sebagai sebuah destinasi pelancongan yang menarik dan menyeronokkan.
Biarpun begitu, saya amat berharap agar prestasi perkhidmatan KTMB dapat dipertingkatkan lagi pada masa hadapan agar implikasi seperti di atas tidak lagi menghantui keseronokan warga luar dan tempatan dalam mengharungi kehidupan mereka di kota. Semoga luahan saya ini mendapat perhatian dari pelbagai pihak yang sepatutnya. Sekian, sampai di sini dahulu coretan saya kali ini. Semoga bertemu lagi di lain lembaran. Wassalam...

Komuter

Wednesday, June 24, 2009

Senior SPB

Assalamualikum,

Agak lama sepi tidak bermakna tiada celoteh yang menarik ingin saya berkongsi dengan anda semua. Erm... Kali ini saya akan menceritakan sedikit sebanyak tentang seorang insan yang memberi kami semua makan dan minum serta banyak memberi tunjuk ajar kepada kami sebagai seorang Skim Pelajar Bekerja di kolej. Beliau juga merupakan staf yang paling senior dalam kalangan semua staf yang pernah bekerja di Kolej Aminuddin Baki ini.

Tatkala kami semua sibuk menyiapkan tugasan seperti melakukan maintainance di blok kediaman atau sibuk melakukan pemfailan serta kerja-kerja di pejabat. Beliau akan turun ke stor simpanan barang2 atau alat ganti kolej untuk menyediakan juadah tengahari untuk santapan kami semua. Beliau juga dengan senang hati menggelarkan kami anak2nya sendiri. Dengan ini, beliau bukan sahaja membina jalinan ikatan yang baik, bahkan memberi semangat kepada kami semua untuk melakukan kerja-kerja tersebut.

Beliau juga akan cuba memberi dorongan kepada kami selagi termampu untuk kami melakukan kerja-kerja samaada di blok kediaman ataupun di pejabat. Hmmm... Dalam pengetahuan saya, beliau menghidap sejenis penyakit kurang rawan di bahagian lutut kanan beliau. Saya berdoa agar tiada apa yang tidak baik berlaku kepadanya, semoga beliau dapat hidup dengan gembira disamping keluarga yang tersayang. Bak kata pepatah "Tua-tua kelapa, makin banyak isinya", begitulah beliau diibaratkan yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu serta kemahiran kepada kami semua. Hidup Mak Cik Mahani @ Datin Wannabe.

Wednesday, June 17, 2009

Bersenam Untuk Kesihatan Minda

Bertemu lagi kita di lembaran ini,

Di sini ingin sedikit sebanyak saya menceritakan aktiviti2 geng2 SPB sepanjang berada di kolej ini selain daripada menyiapkan keperluan2 kolej sebelum menjelangnya Semester baru pada 5hb Julai ini.

Pada waktu petang setiap hari, kami akan turun ke padang permainan yang tersedia di Kampus Sultan Azlan Shah ini. Kami akan bermain permainan bola tampar bersama-sama. Kami juga amat mengalu-alukan penglibatan JMK2 tidak kira dari KZ atau KAB sendiri. Kerana kami tahu aktiviti seprti ini akan dapat mengisi masa yang terluang. Namun demikian, ianya menjadi satu lagi isu yang tidak patut wujud di kalangan individu tertentu. Hal ini demikian kerana, terdapat sesetengah pihak beranggapan bermain permainan itu hanya akan melekakan mereka.

Sesungguhnya, bersenam pada setiap petang akan membina otak yang cerdas dan mampu berfikir secara matang dalam setiap hal dan perkara. Kenyataan saya juga dapat disokong dengan kata pepatah yang mengatakan "Otak yang cerdas berada dalam badan yang cergas". Sungguh menghampakan kerana individu terbabit berfikiran sedemikian.Tidak patut menyempitkan cara pemikiran kerana sikap yang sedimikian tidak patut ada dalam era globalisasi yang penuh pancaroba kini. Moga kita dapat hidup dengan aman dalam suasana yang aman dan sentosa. Jumpa lagi di lain celoteh. Wassalam...








(Gambar pada 17/6/2009)

DAPATKAN TOP-UP ANDA DI SINI!!!

PERLUKAN TOP-UP?

HUBUNGI SAYA MUHD ATIQI MUNZIR DI TALIAN 0194604232@0179296683....
ataupun DATANG TERUS KE BILIK D306/3a KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UPSI...

TOP-UP AKAN TERUS DIMASUKKAN KE HANDPHONE ANDA!!! TIDAK PERLU MENANTI LAMA...

BEROPERASI SECARA 24 JAM... (hubungi untuk mendapatkan kepastian saya berada di mana)

MENYENANGKAN ANDA SEMUA UNTUK MENGHUBUNGI YANG TERSAYANG!!!

Leave Your Comment Here

Your Name :
Your Email :
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):
Powered By Blogger