Search This Blog

My Time

Sunday, September 6, 2009

Keluhan Warga Malaysia Prihatin

Assalamualaikum,

Di sini saya selaku warga Malaysia yang agak prihatin ingin menyuarakan ketidak puasan hati dari pelbagai pihak berkenaan perkhidmatan Komuter yang dikendalikan oleh Syarikat Keretapi Tanah Melayu. Baru-baru ini, saya telah menaiki komuter untuk menjelajahi hutan batu Kuala Lumpur. Namun demikian, keseronokan dan kemudahan yang saya harapkan bertukar menjadi keperitan dan kesusahan akibat daripada perkhidmatan yang disediakan tidak cekap dan tidak berkualiti. Saya terpaksa menunggu selama hampir dua jam sebelum dapat menaiki komuter yang dijanjikan. Ini telah menyebabkan semua perasaan gembira hilang dibawa masa.
Saya hampa, kerana apa yang diharapkan tidak seperti yang saya perolehi. Hal ini bukan sahaja telah menyusahkan saya selaku warga Malaysia, namun ianya juga menyebabkan warga asing menjadi marah kerana mereka telah tertipu dengan gambaran yang diberikan tentang perkhidmatan komuter tersebut. Hal yang demikian boleh menyebabkan nama Malaysia terjejas sebagai sebuah destinasi pelancongan yang menarik dan menyeronokkan.
Biarpun begitu, saya amat berharap agar prestasi perkhidmatan KTMB dapat dipertingkatkan lagi pada masa hadapan agar implikasi seperti di atas tidak lagi menghantui keseronokan warga luar dan tempatan dalam mengharungi kehidupan mereka di kota. Semoga luahan saya ini mendapat perhatian dari pelbagai pihak yang sepatutnya. Sekian, sampai di sini dahulu coretan saya kali ini. Semoga bertemu lagi di lain lembaran. Wassalam...

Komuter

No comments:

DAPATKAN TOP-UP ANDA DI SINI!!!

PERLUKAN TOP-UP?

HUBUNGI SAYA MUHD ATIQI MUNZIR DI TALIAN 0194604232@0179296683....
ataupun DATANG TERUS KE BILIK D306/3a KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UPSI...

TOP-UP AKAN TERUS DIMASUKKAN KE HANDPHONE ANDA!!! TIDAK PERLU MENANTI LAMA...

BEROPERASI SECARA 24 JAM... (hubungi untuk mendapatkan kepastian saya berada di mana)

MENYENANGKAN ANDA SEMUA UNTUK MENGHUBUNGI YANG TERSAYANG!!!

Leave Your Comment Here

Your Name :
Your Email :
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):
Powered By Blogger