Search This Blog

My Time

Wednesday, June 17, 2009

Bersenam Untuk Kesihatan Minda

Bertemu lagi kita di lembaran ini,

Di sini ingin sedikit sebanyak saya menceritakan aktiviti2 geng2 SPB sepanjang berada di kolej ini selain daripada menyiapkan keperluan2 kolej sebelum menjelangnya Semester baru pada 5hb Julai ini.

Pada waktu petang setiap hari, kami akan turun ke padang permainan yang tersedia di Kampus Sultan Azlan Shah ini. Kami akan bermain permainan bola tampar bersama-sama. Kami juga amat mengalu-alukan penglibatan JMK2 tidak kira dari KZ atau KAB sendiri. Kerana kami tahu aktiviti seprti ini akan dapat mengisi masa yang terluang. Namun demikian, ianya menjadi satu lagi isu yang tidak patut wujud di kalangan individu tertentu. Hal ini demikian kerana, terdapat sesetengah pihak beranggapan bermain permainan itu hanya akan melekakan mereka.

Sesungguhnya, bersenam pada setiap petang akan membina otak yang cerdas dan mampu berfikir secara matang dalam setiap hal dan perkara. Kenyataan saya juga dapat disokong dengan kata pepatah yang mengatakan "Otak yang cerdas berada dalam badan yang cergas". Sungguh menghampakan kerana individu terbabit berfikiran sedemikian.Tidak patut menyempitkan cara pemikiran kerana sikap yang sedimikian tidak patut ada dalam era globalisasi yang penuh pancaroba kini. Moga kita dapat hidup dengan aman dalam suasana yang aman dan sentosa. Jumpa lagi di lain celoteh. Wassalam...








(Gambar pada 17/6/2009)

No comments:

DAPATKAN TOP-UP ANDA DI SINI!!!

PERLUKAN TOP-UP?

HUBUNGI SAYA MUHD ATIQI MUNZIR DI TALIAN 0194604232@0179296683....
ataupun DATANG TERUS KE BILIK D306/3a KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UPSI...

TOP-UP AKAN TERUS DIMASUKKAN KE HANDPHONE ANDA!!! TIDAK PERLU MENANTI LAMA...

BEROPERASI SECARA 24 JAM... (hubungi untuk mendapatkan kepastian saya berada di mana)

MENYENANGKAN ANDA SEMUA UNTUK MENGHUBUNGI YANG TERSAYANG!!!

Leave Your Comment Here

Your Name :
Your Email :
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):
Powered By Blogger