Nokia merupakan satu syarikat yang tidak asing lagi bagi penggemar aksesori-aksesori seumpama telefon bimbit dan juga lain-lain. Ianya juga merupakan salah satu syarikat terbesar yang telah memberi pengaruh dan impak yang besar kepada seluruh rakyat di Malaysia secara khususnya dan juga kepada seluruh rakyat di dunia secara amnya. Kebanyakan daripada kita menggunakan telefon bimbit berjenama
Nokia kerana berpendapat jenama ini adalah lebih baik daripada jenama-jenama lain yang terdapat dipasaran.
Nokia juga tidak putus-putus idea dalam usaha penghasilan gadget dan juga alatan telekomunikasi selaras dan sehaluan dengan arus perkembangan teknologi sekarang. Model terbaru
Nokia adalah Nokia N-Series97 yang baru sahaja dipasarkan dalam bulan September 2009 ini. Jangan disalah tafsirkan perkataan telefon kerana, bagi produk keluaran Nokia ini kemudahan seperti internet, GPS, dan macam-macam lagi boleh turut diperoleh. Untuk melihat secara lebih terperinci tentang N-Series97 klik [
di sini].
Ini sahaja untuk perbualan kali ini, saya akan cuba mendedahkan sedikit sebanyak lagi tentang perkembangan dunia teknologi sekarang dan berkongsi bersama anda. Salam sejahtera, dan selamat tinggal.
No comments:
Post a Comment