Search This Blog

My Time

Wednesday, June 24, 2009

Senior SPB

Assalamualikum,

Agak lama sepi tidak bermakna tiada celoteh yang menarik ingin saya berkongsi dengan anda semua. Erm... Kali ini saya akan menceritakan sedikit sebanyak tentang seorang insan yang memberi kami semua makan dan minum serta banyak memberi tunjuk ajar kepada kami sebagai seorang Skim Pelajar Bekerja di kolej. Beliau juga merupakan staf yang paling senior dalam kalangan semua staf yang pernah bekerja di Kolej Aminuddin Baki ini.

Tatkala kami semua sibuk menyiapkan tugasan seperti melakukan maintainance di blok kediaman atau sibuk melakukan pemfailan serta kerja-kerja di pejabat. Beliau akan turun ke stor simpanan barang2 atau alat ganti kolej untuk menyediakan juadah tengahari untuk santapan kami semua. Beliau juga dengan senang hati menggelarkan kami anak2nya sendiri. Dengan ini, beliau bukan sahaja membina jalinan ikatan yang baik, bahkan memberi semangat kepada kami semua untuk melakukan kerja-kerja tersebut.

Beliau juga akan cuba memberi dorongan kepada kami selagi termampu untuk kami melakukan kerja-kerja samaada di blok kediaman ataupun di pejabat. Hmmm... Dalam pengetahuan saya, beliau menghidap sejenis penyakit kurang rawan di bahagian lutut kanan beliau. Saya berdoa agar tiada apa yang tidak baik berlaku kepadanya, semoga beliau dapat hidup dengan gembira disamping keluarga yang tersayang. Bak kata pepatah "Tua-tua kelapa, makin banyak isinya", begitulah beliau diibaratkan yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu serta kemahiran kepada kami semua. Hidup Mak Cik Mahani @ Datin Wannabe.

1 comment:

AFITI said...

salam atiqi..k.fiti tumpang masuk blog metar..hehehe..mak cik mahani dikenali datin wannabe?waaaaaaaaaahhhhhhhhh

DAPATKAN TOP-UP ANDA DI SINI!!!

PERLUKAN TOP-UP?

HUBUNGI SAYA MUHD ATIQI MUNZIR DI TALIAN 0194604232@0179296683....
ataupun DATANG TERUS KE BILIK D306/3a KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UPSI...

TOP-UP AKAN TERUS DIMASUKKAN KE HANDPHONE ANDA!!! TIDAK PERLU MENANTI LAMA...

BEROPERASI SECARA 24 JAM... (hubungi untuk mendapatkan kepastian saya berada di mana)

MENYENANGKAN ANDA SEMUA UNTUK MENGHUBUNGI YANG TERSAYANG!!!

Leave Your Comment Here

Your Name :
Your Email :
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):
Powered By Blogger