Search This Blog

My Time

Tuesday, September 29, 2009

Peluang Menarik Untuk Jana Duit!!!

Assalamualaikum,

Agak lama saya menyepi, suasana Aidilfitri masih lagi segar dalam sanubari. Bersempena ini, saya ingin mengajak para pengunjung untuk menyertai sebuah program yang akan dapat menambah pendapatan anda. Ianya senang untuk dilaksanakan, tidak perlu mengerah banyak kudrat dan hanya perlukan kepakaran anda dalam menyakinkan orang lain. Anda boleh melihat butiran lanjut tentang program ini dengan klik banner di bawah,



Seandainya anda berminat, daftarlah segera dengan menekan link ini www.myspacetunai.com dan klik pada ruangan daftar setelah anda ke laman tersebut. Saya ingin memberi anda suatu peluang yang cukup menarik, sambil anda melakukan sesuatu kerja lain, anda dapat menjana pendapatan sampingan. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Cepat!!! Cepat!!! Sebelum anda terlambat.

Wednesday, September 16, 2009

NOKIA Penghubung Saya

Nokia merupakan satu syarikat yang tidak asing lagi bagi penggemar aksesori-aksesori seumpama telefon bimbit dan juga lain-lain. Ianya juga merupakan salah satu syarikat terbesar yang telah memberi pengaruh dan impak yang besar kepada seluruh rakyat di Malaysia secara khususnya dan juga kepada seluruh rakyat di dunia secara amnya. Kebanyakan daripada kita menggunakan telefon bimbit berjenama Nokia kerana berpendapat jenama ini adalah lebih baik daripada jenama-jenama lain yang terdapat dipasaran. Nokia juga tidak putus-putus idea dalam usaha penghasilan gadget dan juga alatan telekomunikasi selaras dan sehaluan dengan arus perkembangan teknologi sekarang. Model terbaru Nokia adalah Nokia N-Series97 yang baru sahaja dipasarkan dalam bulan September 2009 ini. Jangan disalah tafsirkan perkataan telefon kerana, bagi produk keluaran Nokia ini kemudahan seperti internet, GPS, dan macam-macam lagi boleh turut diperoleh. Untuk melihat secara lebih terperinci tentang N-Series97 klik [di sini].

Ini sahaja untuk perbualan kali ini, saya akan cuba mendedahkan sedikit sebanyak lagi tentang perkembangan dunia teknologi sekarang dan berkongsi bersama anda. Salam sejahtera, dan selamat tinggal.

Sunday, September 6, 2009

Keluhan Warga Malaysia Prihatin

Assalamualaikum,

Di sini saya selaku warga Malaysia yang agak prihatin ingin menyuarakan ketidak puasan hati dari pelbagai pihak berkenaan perkhidmatan Komuter yang dikendalikan oleh Syarikat Keretapi Tanah Melayu. Baru-baru ini, saya telah menaiki komuter untuk menjelajahi hutan batu Kuala Lumpur. Namun demikian, keseronokan dan kemudahan yang saya harapkan bertukar menjadi keperitan dan kesusahan akibat daripada perkhidmatan yang disediakan tidak cekap dan tidak berkualiti. Saya terpaksa menunggu selama hampir dua jam sebelum dapat menaiki komuter yang dijanjikan. Ini telah menyebabkan semua perasaan gembira hilang dibawa masa.
Saya hampa, kerana apa yang diharapkan tidak seperti yang saya perolehi. Hal ini bukan sahaja telah menyusahkan saya selaku warga Malaysia, namun ianya juga menyebabkan warga asing menjadi marah kerana mereka telah tertipu dengan gambaran yang diberikan tentang perkhidmatan komuter tersebut. Hal yang demikian boleh menyebabkan nama Malaysia terjejas sebagai sebuah destinasi pelancongan yang menarik dan menyeronokkan.
Biarpun begitu, saya amat berharap agar prestasi perkhidmatan KTMB dapat dipertingkatkan lagi pada masa hadapan agar implikasi seperti di atas tidak lagi menghantui keseronokan warga luar dan tempatan dalam mengharungi kehidupan mereka di kota. Semoga luahan saya ini mendapat perhatian dari pelbagai pihak yang sepatutnya. Sekian, sampai di sini dahulu coretan saya kali ini. Semoga bertemu lagi di lain lembaran. Wassalam...

Komuter

DAPATKAN TOP-UP ANDA DI SINI!!!

PERLUKAN TOP-UP?

HUBUNGI SAYA MUHD ATIQI MUNZIR DI TALIAN 0194604232@0179296683....
ataupun DATANG TERUS KE BILIK D306/3a KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UPSI...

TOP-UP AKAN TERUS DIMASUKKAN KE HANDPHONE ANDA!!! TIDAK PERLU MENANTI LAMA...

BEROPERASI SECARA 24 JAM... (hubungi untuk mendapatkan kepastian saya berada di mana)

MENYENANGKAN ANDA SEMUA UNTUK MENGHUBUNGI YANG TERSAYANG!!!

Leave Your Comment Here

Your Name :
Your Email :
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):
Powered By Blogger